The New $100 Note. Know Its Features. Know It's Real.

Program Pendidikan Awam Mata Wang Direka Bentuk Semula

Bagi memastikan pengenalan reka bentuk baru wang kertas $100 berjalan lancar, kerajaan A.S. melaksanakan satu program pendidikan awam global. Kami sedang mengambil langkah-langkah bagi memastikan perniagaan dan pengguna di seluruh dunia mengetahui mengenai perubahan yang telah kami lakukan kepada reka bentuk wang kertas $100 kerana sehingga dua pertiga daripada wang kertas $100 diedarkan diluar Amerika Syarikat.

Bagi menyokong usaha-usaha pendidikan awam wang kertas $100, kerajaan A.S. telah menyediakan bahan latihan dalam 25 bahasa yang menunjukkan cara menggunakan ciri-ciri keselamatan wang kertas $100 baru bagi menentusahkan ketulenannya. Jadi sama ada anda adalah seorang pegawai bank yang mahu memesan buku kecil percuma untuk mendidik pekerja anda, atau seorang juruwang pengurupan mata wang yang mahu memaparkan poster wang kertas $100 baru di kaunter anda, anda boleh memuat turun bahan tersebut di sini, secara percuma.

Apabila wang kertas $100 reka bentuk baru mula diedarkan, wang kertas reka bentuk lama tidak perlu ditukar dengan yang baru. Semua mata wang A.S. tetap kekal sebagai wang sah, tidak kira bila ia diedarkan.

Bookmark and Share
$100 Note