The New $100 Note. Know Its Features. Know It's Real.

Ciri-ciri Keselamatan Baru dalam Wang Kertas $100

Bagi melindungi wang anda dan mengurangkan pemalsuan, kerajaan Amerika Syarikat terus meningkatkan keselamatan mata wangnya. Wang kertas $100 baru adalah denominasi terkini mata wang A.S yang direka bentuk semula dengan peningkatan ciri-ciri keselamatan. Ia adalah denominasi terakhir dalam rangkaian wang kertas yang direka bentuk semula serta pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 dengan wang kertas $20 berserta wang kertas $50, $10 dan $5.

Lebih dari satu dekad penyelidikan dan pembangunan digunakan dalam menghasilkan ciri-ciri keselamatan wang kertas $100 baru ini. Terdapat beberapa ciri keselamatan dalam wang kertas $100 direka bentuk semula ini, termasuk dua, ciri canggih baru yang menjadikan wang kertas ini lebih sukar dipalsukan, tetapi mudah disahkan oleh pengguna dan perniagaan.

Reben Keselamatan 3-D: Cari reben biru dengan beberapa imej loceng dan 100 di hadapan wang kertas $100 baru. Condongkan wang kertas ke belakang dan ke hadapan sambil menumpukan pandangan pada reben. Anda akan lihat loceng bertukar kepada 100 ketika pergerakan itu. Apabila anda condongkan wang kertas ke belakang dan ke hadapan, loceng dan 100 bergerak dari sisi ke sisi. Jika anda condongkannya dari sisi ke sisi, ia bergerak ke atas dan ke bawah. Reben itu dijalin ke dalam kertas, bukannya dicetak di atasnya, dan menggunakan teknologi mikro terkini. Hampir satu juta kanta mikro digunakan untuk menghasilkan ilusi pergerakan loceng dan 100.

3-D Security Ribbon - Image

Loceng dalam Tabung Dakwat: Cari imej loceng di dalam tabung dakwat berwarna kumprum di hadapan wang kertas $100 baru. Bergantung kepada sudut wang kertas itu, imej loceng bertukar warna daripada kuprum menjadi hijau, satu kesan yang membuatkan loceng seakan muncul dan hilang di dalam tabung dakwat.

Bell in Inkwell - Image

Kedua-dua ciri keselamatan ini menawarkan cara mudah dan tidak ketara bagi mengesahkan wang kertas, apabila ia tidak dapat dipegang pada cahaya.

Kami juga mengekalkan tiga ciri keselamatan yang sangat berkesan daripada reka bentuk wang kertas $100 lama:

Tera Air Potret: Pegang wang kertas pada cahaya dan cari imej samar-samar Benjamin Franklin pada ruang kosong di sebelah kanan potret. Imej itu boleh dilihat daripada kedua-dua bahagian wang kertas.

Watermark - Image

Benang Keselamatan: Pegang wang kertas pada cahaya untuk melihat benang terbenam yang diletak menegak pada kiri potret. Benang itu dicetak dengan huruf USA dan nombor 100 dalam pola berselang-seli dan boleh dilihat di sepanjang benang daripada kedua-dua bahagian wang kertas itu. Benang itu bercahaya merah jambu apabila disinari cahaya ultraungu.

Security Thread - Image

Peralihan Warna 100: Condongkan wang kertas untuk melihat nombor 100 di sudut kanan sebelah bawah pada bahagian hadapan wang kertas bertukar warna daripada tembaga menjadi hijau.

Color Shifting Ink - Image

Ciri-ciri Reka Bentuk dan Keselamatan Tambahan

Cetakan Timbul: Gerakkan jari anda ke atas dan ke bawah bahu Benjamin Franklin di bahagian kiri wang kertas. Ia sepatutnya berasa kasar pada sentuhan, kesan daripada proses pencetakan ukir benam tertonjol yang digunakan untuk menghasilkan imej tersebut. Pencetakan timbul biasa boleh dirasakan di keseluruhan wang kertas $100 tersebut, dan memberikan mata wang asli A.S. keunikan teksturnya.

Raised Printing - Image

Emas 100: Cari nombor emas 100 yang besar pada bahagian belakang wang kertas. Ia membantu mereka yang cacat penglihatan untuk membezakan denominasinya.

Gold 100 - Image

Pencetakan mikro: Cari dengan teliti cetakan perkataan kecil yang tertera pada kolar jaket Benjamin Franklin, di sekeliling ruang kosong di mana tera air potret kelihatan, di sepanjang bulu pelepah emas, dan di sempadan wang kertas.

Microprinting - Image

Penunjuk Rizab Persekutuan
Mohor universal di sebelah kiri potret mewakili keseluruhan Sistem Rizab Persekutuan. Huruf dan nombor di bawah nombor siri kiri mengenal pasti Bank Rizab Persekutuan yang mengeluarkannya. Terdapat 12 buah Bank Rizab Persekutuan wilayah dan 24 buah cawangan di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat.

Federal Reserve Indicators - Image

Nombor Siri
Gabungan unik sebelas nombor dan huruf tertera dua kali pada permukaan hadapan wang kertas. Nombor siri unik ini membantu penguatkuasa undang-undang mengenal pasti wang kertas palsu, dan juga membantu Biro Ukiran dan Pencetakan mengesan standard kualiti wang kertas yang mereka hasilkan.

Serial Numbers - Image

Penunjuk FW: Wang kertas $100 yang direka bentuk semula dicetak di dua lokasi kemudahan: di Fort Worth, Texas dan Washington, D.C. Wang kertas $100 baru yang dicetak di Fort Worth akan mempunyai huruf FW kecil di sudut kiri sebelah atas pada bahagian hadapan wang kertas, di sebelah kanan nombor 100. Jika wang kertas itu tidak mempunyai penunjuk FW, ia telah dicetak di Washington, D.C.

FW Indicator - Image

Potret dan Vignet: Potret Benjamin Franklin, salah seorang daripada Bapa-bapa Pengasas Amerika Syarikat, kekal di bahagian hadapan wang kertas $100 baru. Di bahagian belakang wang kertas, terdapat vignet baru Dewan Kebebasan menunjukkan bahagian belakang dan bukannya bahagian hadapan bangunan tersebut. Garisan bujur di sekeliling potret dan vignet telah dibuang dan imej-imej tersebut dibesarkan.

Portrait and Vignette - Image

Simbol Kebebasan: Simbol-simbol kebebasan Amerika pada wang kertas $100 baru - ungkapan daripada Deklarasi Kebebasan dan bulu pelepah yang digunakan Bapa--bapa Pengasas untuk menandatangani dokumen bersejarah itu - boleh dijumpai di sebelah kanan potret.

Symbols of Freedom - Image

Warna: Warna latar belakang wang kertas $100 baru ialah biru muda. Warna menambah satu lagi lapis kerumitan kepada reka bentuk wang kertas $100 dan berlainan pada setiap denominasi bagi membantu membezakan antara mereka. Oleh kerana warna boleh diduplikasi oleh pemalsu wang yang mungkin ada, ia tidak harus digunakan untuk menentusahkan ketulenan wang kertas.

Color - Image
Bookmark and Share
$100 Note