The New $100 Note. Know Its Features. Know It's Real.

Soalan Lazim

Bilakah wang kertas $100 akan mula beredar secara antarabangsa?

Wang kertas $100 baru akan mula beredar pada 8 Oktober 2013. Sebaik sahaja diterbitkan, mana-mana bank komersil, syarikat kewangan, atau kesatuan kredit yang memesan wang kertas $100 daripada Federal Reserve akan diberikan wang reka bentuk baru ini. Jarak, permintaan, dan polisi individu institusi kewangan akan menjadi faktor penentu secepat mana wang kertas $100 baru akan berada di tangan awam, di A.S. dan di pasaran antarabangsa.

Adakah wang kertas $100 lama akan ditarik balik, dimansuh, atau diturunkan nilai?

Tidak. Wang kertas $100 lama tidak perlu ditukar apabila wang kertas baru mula beredar. Semua mata wang A.S. kekal sebagai wang yang sah, tidak kira bila ia diterbitkan.

Walau bagaimanapun, kami sedar di sesetengah negara terdapat kadar pertukaran atau polisi penerimaan yang berbeza mengenai mata wang asing, tetapi pasaran mereka sendiri yang menentukan kadar tersebut, bukannya kerajaan A.S.

Adakah wang kertas $100 reka bentuk lama dan baru akan beredar dalam masa yang sama?

Perlu diingat bahawa pengguna dan syarikat tidak perlu menukarkan wang kertas $100 reka bentuk lama kepada yang baru. Wang kertas Federal Reserve reka bentuk lama kekal sah, dan tidak akan ditarik balik, dimansuh atau dikurangkan nilai.

Kami sedar di sesetengah negara terdapat kadar pertukaran atau polisi penerimaan yang berbeza mengenai mata wang asing, tetapi pasaran mereka sendiri yang menentukan kadar tersebut, bukannya kerajaan A.S.

Mengapakah wang kertas $100 baru ditandakan tahun siri 2009A sedangkan wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 2013?

Tahun siri pada wang kertas $100 yang direkabentuk semula menunjukkan tahun reka bentuk baru ini diluluskan oleh Setiausaha Perbendaharaan. Pertukaran seterusnya kepada penandaan tahun asal ini akan dibuat hanya jika ada pertukaran besar terhadap rupa wang kertas ini, contohnya menukar tanda tangan Setiausaha Perbendaharaan atau Bendahari Amerika Syarikat, atau akibat jurang masa yang besar wang kertas dikeluarkan.

Huruf 'A' selepas 2009 menunjukkan jurang masa pengeluaran sejak reka bentuk ini mula-mula diluluskan oleh Setiausaha Perbendaharaan dan permulaan pengeluaran semula pada tahun 2011.

Bagaimana mahu tahu jika wang kertas tulen? Apa perlu dibuat jika saya rasa telah menerima wang kertas palsu?

Cara terbaik memastikan ketulenan wang kertas ialah dengan memastikan ciri keselamatannya, seperti tera air dan benang keselamatan.

Ketahui dengan tepat ciri-ciri keselamatan pada wang kertas tulen, ini penting kerana jika anda mendapat wang kertas palsu, anda akan hilang wang tersebut. Wang kertas palsu tidak boleh ditukar untuk mendapatkan yang tulen, dan mengedarkan wang kertas palsu secara sedar adalah salah di sisi undang-undang.

Jika anda rasa anda mendapat wang kertas palsu, maklumkan kepada polis tempatan. Cuba ingat ciri-ciri orang yang memberikan anda wang kertas yang disyaki tersebut, dan jika boleh, catatkan nombor plet dan keterangan kereta yang digunakan. Simpan wang palsu tersebut berasingan daripada wang tulen dan berikannya kepada pihak berkuasa secepat mungkin.

Di manakah saya boleh dapatkan bahan latihan untuk mendidik pemegang wang tentang ciri keselamatan wang kertas $100 baru?

Kerajaan A.S. telah memajukan bahan latihan untuk menolong syarikat dan organisasi mengenali perubahan-perubahan kepada wang kertas $100. Bahan-bahan tersebut kini sedia untuk dipesan atau dimuat turun.

Bookmark and Share
$100 Note